Pelajar Tingkatan Dua maut ditembak ketika bermain sembunyi-sembunyi | The Reporter

Pelajar Tingkatan Dua maut ditembak ketika bermain sembunyi-sembunyi

Seorang pelajar Tingkatan Dua maut ditembak oleh senapang bakakuk.
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua maut selepas terkena tembakan senapang buatan sendiri (bakakuk) ketika bermain sembunyi-sembunyi bersama rakan di Jalan Kem PPH, Keningau, Sabah.

Memetik laporan Berita Harian, kejadian berlaku sekitar jam 8 pagi ketika mangsa dan seorang rakan sedang bermain sebelum rakan tersebut dipercayai secara tidak sengaja melepaskan tembakan dari jarak kira-kira tiga meter.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai, berkata siasatan awal mendapati suspek ternampak mangsa memegang bakakuk di hadapan rumah sebelum memintanya untuk bergurau.

“Ketika bermain sembunyi-sembunyi, mangsa bersembunyi di bawah kolong rumah sebelum suspek dipercayai tidak sengaja menarik picu senjata lalu melepaskan tembakan ke arah mangsa,” katanya.

Baca juga:

Menurutnya,terdapat 14 kesan tembakan pada beberapa bahagian tubuh termasuk dada kanan, lengan kanan, lutut dan sisi kiri badan mangsa.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Keningau.

Siasatan mendapati bakakuk itu milik bapa suspek, seorang warga emas berusia 70 tahun, dan disorokkan oleh adik suspek berusia 13 tahun.

Polis menahan ketiga-tiga beranak tersebut dan merampas senjata serta beberapa barangan lain. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Related Posts