Pelajar tingkatan 5 maut, motosikal rempuh lori yang buat U-Turn secara mengejut - The Reporter

Pelajar tingkatan 5 maut, motosikal rempuh lori yang buat U-Turn secara mengejut

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang pelajar tingkatan lima dilaporkan maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor, pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 pagi tadi, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke sekolahnya.

Bagaimanapun, sebuah lori membuat pusingan U secara mengejut membuatkan mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian sisi kiri kenderaan itu.

Rempuhan itu menyebabkan letupan dan mangsa tercampak ke tepi jalan. Video kejadian boleh ditonton di Telegram The Reporter.

Kejadian itu mengejutkan beberapa pengguna jalan lain yang terus memberhentikan kenderaan mereka.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut.

Sumber: Info Semasa

Total
0
Shares
Total
0
Share