Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Gara-gara menghisap vape secara berlebihan, seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Kemaman, Terengganu dilaporkan mengalami sawan kritikal.
Pelajar berkenaan didapati tidak sedarkan diri semasa berada di perkarangan sekolah.
Kejadian tersebut telah disedari oleh rakannya dan telah memaklumkan pada guru sebelum dibawa ke klinik kesihatan berdekatan.
Dia kemudiaanya telah dirujuk ke unit kecemasan Hospital Kemaman dan didapati telah mengalami sawan kritikal dipercayai berpunca daripada pengambilan perisa bahan Kimia berbahaya secara berlebihan.
Dalam pada itu, sumber melaporkan kegiatan menghisap vape dalam kalangan pelajar di sekolah tersebut didapati aktif sejak tiga tahun lalu.
Kegiatan kurang sihat ini berada di tahap yang membimbangkan.
Susulan itu, keluarga pelajar berkenaan dikatakan telah membuat satu laporan polis.
Sumber: Buletin TV3