Pekerja jujur pulangkan lebihan gaji RM7,200 selepas maklumkan majikan | The Reporter

Pekerja jujur pulangkan lebihan gaji RM7,200 selepas maklumkan majikan

Pekerja jujur pulangkan lebihan gaji
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Adakalanya, sesetengah orang apabila menerima wang yang tidak diketahui sumbernya, memilih untuk berdiam diri dan menikmati wang tersebut yang kononnya ‘rezeki’. Namun, kisah seorang pekerja ini mencerminkan nilai kejujuran yang luar biasa apabila dia segera memaklumkan kesilapan majikannya.

Seorang doktor dan majikan, Dr. Zul Ariffin Maarof, memuji tindakan seorang pekerjanya yang segera melaporkan kesilapan pembayaran gaji yang diterima. Kesilapan tersebut melibatkan jumlah yang jauh berbeza, iaitu RM9,142.95 berbanding bayaran sebenar yang sepatutnya sebanyak RM1,942.95.

Dalam ciapannya di platform Thread pada 26 Disember 2024, Dr. Zul berkongsi, “Bila dapat staff yang jujur, salah masuk gaji, dia terus call beritahu salah terima gaji. Alhamdulillah. Banyak betul bezanya tersalah bayar.

“Didoakan semoga semua ahli team saya suatu hari nanti dapat ditingkatkan skill, gaji dan komisyen yang semakin tinggi tahun 2025 kelak. Aminnn,” katanya.

Sumber gambar: Threads Dr Zul Ariffin Maarof

Tangkapan skrin perbualan WhatsApp antara Dr. Zul dan pekerjanya turut dikongsi dalam ciapan tersebut. Dalam perbualan itu, pekerjanya menjelaskan jumlah sebenar yang sepatutnya diterima dan meminta nombor akaun majikan untuk memulangkan lebihan bayaran tersebut.

Tindakan ini mendapat pujian ramai warganet, yang melihatnya sebagai contoh integriti dan tanggungjawab dalam pekerjaan. Ramai yang turut berharap agar budaya kerja yang jujur seperti ini dapat menjadi amalan dalam masyarakat.

Related Posts