Pegawai kanan polis tengking anggota bawahan ditahan polis untuk siasatan lanjut - The Reporter

Pegawai kanan polis tengking anggota bawahan ditahan polis untuk siasatan lanjut

Pegawai kanan polis yang menengking anggota bawahannya hanya kerana meminta kad pengenalan dan kad kuasanya dalam video tular beberapa hari lalu, telah ditahan polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, wanita berusia 35 tahun itu ditahan pada awal pagi tadi untuk melengkapkan siasatan.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenama Vivo, milik pegawai berkenaan.

Menurut beliau, pegawai berkenaan bagaimanapun akan diberi jamin pada petang ini selepas pihaknya selesai mengambil keterangannya untuk siasatan kes mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Sementara itu di media sosial hari ini tular video wanita yang sama dirakam bertengkar dengan orang awam kerana tidak berpuas hati dengan masalah parkir.

Menurut pegawai itu, dia pada waktu itu mahu memarkirkan keretanya di tempat itu dan tiba-tiba pemilik kenderaan di sebelah kiri parkirnya menjerit ‘Hoi!”

Tidak berpuas hati dipanggil seperti itu, dia tampil berdepan dengan pengadu berkenaan sambil merakam video kejadian. Dalam masa yang sama dia turut memerli pakaian dan penampilan pengadu.

Ada juga netizen yang berkongsi gambar terserempak dengan pegawai terbabit yang dilihat sedang makan bersendirian sambil bermain dengan telefon bimbitnya.

Sumber: Twitter, Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!