Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Hati isteri mana yang tidak terkilan bila mendapat tahu suami yang dipercayainya selama ini telah mengkhianati perhubungan mereka. Setiap bulan si suami memberi alasan gajinya habis diberikan kepada keluarganya yang hidup susah di kampung, rupa-rupanya dihabiskan untuk perempuan simpanannya.
Si isteri yang sedar akan kecurangan suaminya tidak menghalang lelaki itu untuk berkahwin lagi, namun meminta dia dilepaskan terlebih dahulu. Sungguh si suami tidak bersyukur. Sedangkan ketika dia susah, isterinya itulah yang membantu dia sehingga hidup senang. Bila dah hidup senang, si suami ambil kesempatan berlaku curang.
SALAM ADMIN
Hari ini saya nak kongsi dengan wanita di luar sana. Jadi wanita harus kuat, jangan terus diperbodohkan. Sudah tiga tahun saya berkahwin dan dikurniakan dua orang anak. Sepanjang tiga tahun itu suami curang terhadap saya, pergunakan saya dan memperbodohkan saya.
Saya sudah letih berkahwin dengan suami kaki penipu. Dah tak terdaya nak memperbetulkan keadaan kerana jika benar, harus ada usaha dari dua pihak. Tetapi bila ada syaitan mengoda (perempuan tak tahu malu), memang kelautlah jawabnya. Lebih baik hidup sendiri dari bertemankan air mata. Bersuami tetapi seringkali bersendirian.
Sumber: Kisah Rumah Tangga














