Pasangan suami isteri scam warga emas guna 'Mesin Masa' buatan Israel, kaut keuntungan RM19 juta | The Reporter

Pasangan suami isteri scam warga emas guna ‘Mesin Masa’ buatan Israel, kaut keuntungan RM19 juta

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sepasang suami isteri dari India, Rajeev Kumar Dubey dan isterinya, Rashmi Dubey, sedang diburu polis kerana menipu orang ramai dengan menjanjikan mereka akan menjadi muda semula selepas menggunakan mesin masa yang dibuat dari Israel.

Pasangan Dubey yang memiliki pusat terapi di Kanpur, Uttar Pradesh mendakwa, mereka menyediakan perkhidmatan mengurangkan kesan penuaan akibat udara tercemar dengan menggunakan terapi oksigen dan mesin masa.

Mereka disyaki telah menipu ramai mangsa terutamanya golongan warga emas yang tedesak mencari cara untuk menjadi muda semula dan dilaporkan telah mengaut keuntungan sebanyak 35 crore rupee atau RM19.6 juta.

Setiap mangsa ditawarkan pakej terapi bernilai Rs 6,000 (RM337) untuk 10 sesi dan Rs 90,000 (RM5,055) untuk sistem ganjaran tiga tahun. Mereka juga menjadikan skim ini sebagai skim piramid dengan menawarkan sesi terapi oksigen percuma kepada pelanggan yang membawa pelanggan baru ke pusat terapi.

Salah seorang mangsa, Renu Singh, telah membuat laporan polis bahawa dia ditipu sebanyak RM60,347 dan memaklumkan bahawa ratusan orang lain juga menjadi mangsa.

Setakat ini, polis telah menemui bukti bahawa lebih daripada dua puluh orang telah ditipu oleh pasangan Dubey dan siasatan sedang dijalankan.

Tidak jelas bagaimana Rajeev dan Rashmi Dubey meyakinkan orang bahawa mereka boleh membalikkan kesan penuaan, tetapi mangsa berkata mereka dijanjikan perubahan yang ketara dalam beberapa bulan, termasuk menjadi 20 tahun lebih muda dan memperbaiki organ dalaman yang rosak.

Polis India telah membuka kes penipuan dan sedang mencari pasangan Dubey. Lapangan terbang telah diberitahu untuk menghalang mereka menaiki pesawat, tetapi mereka dipercayai telah melarikan diri ke luar negara dengan wang mangsa mereka. – Agensi

Total
0
Shares
Total
0
Share