Paru-paru remaja pecah selepas hisap vape, 4,000 sedutan seminggu - The Reporter

Paru-paru remaja pecah selepas hisap vape, 4,000 sedutan seminggu

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di London hampir kehilangan nyawanya akibat paru-paru pecah dan berlubang.

Ini berlaku selepas dia menghisap rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai ‘vape’ yang setara dengan 400 batang rokok konvensional dalam masa seminggu.

Remaja berkenaan, Kyla, dilaporkan rebah dan kulitnya berubah menjadi kebiruan ketika menginap di rumah seorang rakan pada 11 Mei yang lalu.

Menurut Kyla, dia tidak menyangka tabiat merokoknya itu akan membawa padah hingga mengancam nyawa di mana kantung udara paru-parunya menjadi kecut dan pecah akibat menghisap vape secara berlebihan.

Kyla kemudian dikejarkan ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk mengeluarkan sebahagian paru-parunya yang rosak.

Kyle mengakui mula menghisap vape pada usia 15 tahun kerana terpengaruh dengan rakan-rakannya. Tambahan dia menganggap vape tidak berbahaya dan selamat untuk dihisap berbanding rokok konvensional.

Atas tanggapan yang tidak tepat itu, dia mengambil kira-kira 4,000 sedutan dalam masa seminggu, yang setara dengan menghisap 400 batang rokok dalam seminggu atau 57 batang sehari.

Kejadian itu menyebabkan Kyla trauma dan serta-merta berhenti menghisap vape.

Sementara itu bapa Kyla, Mark Blythe, menasihati orang ramai, terutamanya golongan muda supaya tidak terjebak dengan rokok elektronik kerana ia tidak berbaloi.

Sumber: Agensi via Kosmo! Online

Total
0
Shares
Total
0
Share