Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Kisah mengenai dirinya terus diperkatakan sehingga kini walaupun si pelaku telah menerima hukumannya. ‘Aku takkan mati’ begitu ungkapan yang sering diungkapkan oleh beliau.
Mona Fendy telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 2 November 2001 di Penjara Kajang, Kajang, Selangor pada usia 45 tahun selepas beliau didapati bersalah kerana membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris pada tahun 1993.
Sejak hukuman itu dilaksanakan, tiada satu kenyataan atau kemunculan keluarga atau warisnya di mana-mana platform.
Namun, baru-baru ini melalui satu perkongsian di TikTok Dya Mohamad, seorang lelaki didakwa merupakan anak tiri kepada Mona Fendy mendedahkan kisah pertemuan kali pertama dengan kedua-dua pasangan itu.
‘Siapa tak teruja bila dapat tahu ada ayah’
“Saya anak Affandi dan merupakan anak kedua sebelum perkahwinan dengan Mona.
“Saya dilahirkan pada tahun 1984 dan saya kenal ayah saya pada tahun 1993. Mak saya baru bagitahu saya yang saya ada ayah. Masa umur sembilan tahun siapa yang tidak teruja bila dapat tahu ada ayah. Tapi ngam-ngam esok keluar surat khabar pasal ayah saya.
“Saya bawak surat khabar tu pergi sekolah tunjuk dekat kawan-kawan sampailah ke tangan cikgu. Saya rasa tu kesilapan saya masa tu.
“Semasa di Tingkatan Lima, hari yang betul-betul bersejarah 1 November 2001, hari pertama saya sentuh ayah saya, hari pertama ayah saya azankan kat telinga saya, dia riba saya yang berat masa tu 98 kilogram.
‘Dia masukkan air liur dia ke dalam mulut saya’
“Ayah saya cakap, ‘Papa tak ada apa nak bagi kat Man, papa boleh azankan balik, maafkan papa dan kau tolong jaga adik kau dan teruskan kehidupan. Papa mintak maaf.
“Ambiklah sesuatu ayah saya bagi kat saya. Paling saya terkejut, imam masjid penjara Kajang bagitahu, ayah saya nak saya yang sahkah mayat dia.
“Masa tahun 2001, sebelum saya lalu bilik ayah saya, saya lalu bilik Mona dulu. Dia tak mengaku dia mak saya sebenarnya. Yalah, dia jadi mak tiri saya dalam masa 15 minit,” katanya.
Ketika ditanya mengenai isu pemberian daging manusia dekat orang kampung, jawabnya itu isu yang paling terkenal yang dimasukkan dalam Mastika dan Bicara. Beliau juga ditanya apa pesanan dan mesej yang diberikan oleh bapa dan ibu tirinya.
“Arwah ayah saya cakap, papa tak boleh bagi apa, papa boleh bagi ni je. Dia mintak bukak mulut dan masukkan air liur dia ke dalam mulut saya. Saya telan air liur dia. Saya tergamam.
“Mona ada cakap tak kisah la anak siapa, kau kena sayang semua,” katanya.
Kesan daripada isu yang melibatkan bapa dan ibu tirinya juga, beliau mendakwa kehidupannya turut terjejas. Beliau dibuang kerja tanpa sebab. Mujur isterinya memahami keadaan beliau.
Beliau juga mendakwa banyak pihak yang hanya menulis kisah mereka sekeluarga tanpa fakta dan usul periksa.
Sumber: TikTok