'Orang lain pulun duk fikir idea nak buat content nak dapat view tinggi' - The Reporter

‘Orang lain pulun duk fikir idea nak buat content nak dapat view tinggi’

Sumber Gambar: Tangkap layar TikTok Tansri_ash

Siapa sangka, buat satu konten yang hanya sekadar suka-suka dapat meraih tontonan sehingga puluhan ribu.

Kedengaran agak sukar, tetapi perkara ini dibuktikan oleh seorang lelaki yang membuat konten perlumbaan siput sedut.

Apa yang menarik konten berkenaan bukan hanya meraih ratusan tontonan, malahan sudah meningkat kepada puluhan ribu tontonan.

Bercerita mengenai idea perlumbaan siput sedut itu, lelaki ini berkata permulaanya ada individu yang menjual kepadanya siput sedut ketika dia bersiaran langsung di TikTok.

Kemudian, salah seorang netizen memberikan komen siput sedut yang dibeli itu hampir terjatuh. Ketika itu jumlah tontonan hanyalah 10 orang.

Namun, apabila dia meletakkan kedua-dua siput bergandingan, tiba-tiba jumlah tontonan mencanak naik.

“Saya cakap yang mana kalah, masak lemak. Itu yang laju tu. Yang menang masuk next round,” kongsinya kepada penyampai radio HotFM, Keymi.

Netizen turut terhibur apabila lelaki berkenaan mewakilkan siput-siput itu dengan negeri-negeri di Malaysia.

Dalam pada itu, netizen turut memuji idea di luar kotak lelaki itu yang mudah meraih tontonan.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!