Pandu melulu & menghimpit, kereta Proton Waja terbabas - The Reporter

Pandu melulu & menghimpit, kereta Proton Waja terbabas

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera setelah kenderaan dinaiki terbabas dan terbalik selepas dihimpit sebuah Honda City dekat Kilometer 49.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, semalam (Ahad).

Menurut Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, siasatan dijalankan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 pagi.

“Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke Kedah manakala Honda City dari Temerloh menuju ke Shah Alam.

“Setibanya di lokasi kejadian, Honda City terbabit dipercayai dipandu dengan cuai selain bertindak menghimpit dan menekan brek sehingga menyebabkan pemandu Proton Waja itu gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas,” katanya.

Katanya, akibat kejadian, dua individu iaitu pemandu dan penumpang Proton Waja berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan.

“Mereka bagaimanapun disahkan dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Terdahulu, satu video tular memaparkan pemandu Proton Waja dengan secara tiba-tiba menukar laluan dari kiri ke kanan. Ketika itu, pemandu Honda berada di laluan kanan dalam keadaan laju.

Seakan tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu Proton Waja, aksi kejar mengejar dan menghimpit mula berlaku sehinggalah berlakunya kemalangan.

Sumber: Sinar Harian, MyNewsHub

Total
0
Shares
Total
0
Share