'Pakailah pakaian matang sikit, tak perlu try hard sangat tentang fesyen' - Netizen tegur penampilan Aina Abdul di Big Stage - The Reporter

‘Pakailah pakaian matang sikit, tak perlu try hard sangat tentang fesyen’ – Netizen tegur penampilan Aina Abdul di Big Stage

Minggu keempat Big Stage, penonton sama ada di lokasi atau di rumah lebih tertarik pada penampilan ‘luar biasa’ juri tetap program berkenaan, Aina Abdul, berbanding para peserta yang membuat persembahan di pentas.

Mana tidaknya, saban minggu ada sahaja busananya lain daripada yang lain membuatkan orang ramai bercakap mengenai sama ada positif mahupun negatif. Dan kali ini, netizen menyamakan fesyennya seperti ‘toto’.

Namun tinjauan di media sosial mendapati, rata-rata netizen mengakui kurang senang dengan ‘busana semak’ berkenaan yang dikatakan keterlaluan sehingga ada yang merayu agar Aina berpakaian normal daripada terus mengayakan fesyen pelik.

“Aku tak tahulah apa yang Aina Abdul ini fikir. Bagi aku, kau selebriti paling benak pernah aku jumpa. Tak sensitif, fesyen macam badut, bajet star. Kau nak jadi badut sekali pun, janganlah menghalang orang belakang tu. Kau juri kot, pakai biasa-biasa sudahlah,” kata Knizam Leo @Kroolnizam.

“Saya suka Aina tetapi rasanya Aina boleh pakai simple sikit kot. Kesian pada orang belakang tak nampak apa. Kalau Aina buat show, okay je pakai macam ni. Tapi ni jadi juri, jangan naya kat orang belakang awak,” kata Apaaaii.

“Event ni dia juri, so better pakailah pakaian yang nampak matang sikit. Ini dah macam pertandingan pakaian beragam kanak-kanak. Tak perlu try hard tentang fesyen sangat. Suara tu dah bagus. Talent tu yang penting.

“Sesekali tu okaylah kalau buat persembahan pakai pelik-pelik ni. Tapi lama-lama sampai jadi juri pun pakai camni. One of reason kenapa aku tak tengok Big Stage tahun ni, sakit mata tengok pakaian juri.

“Tahun-tahun lepas Datuk Siti Nurhaliza elok je. Dia lagi glamour dari awak kot? Belajarlah adab berpakaian, biar kena dengan majlis,” kata Mynameiseija di ruangan komen penyanyi berkenaan.

Aina sebelum ini pernah berkata dia tidak kisah dikritik secara berterusan mengenai imej, fesyen dan penampilannya. Malahan, dia sedikit pun tidak mengambil hati dengan komen sinis netizen kerana biarpun berpakaian pelik, tetapi dia tidak berasa sedemikian.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!