'Pakaian seksi semuanya dah diberikan pada rakan-rakan bukan Islam' - Nora Danish | The Reporter

‘Pakaian seksi semuanya dah diberikan pada rakan-rakan bukan Islam’ – Nora Danish

Pakaian seksi
Sumber Gambar: Instagram Nora Danish

Sejak berhijrah, beliau semakin menjadi tumpuan ramai terutamanya peminat-peminatnya. Walaupun usianya sudah memasuki 42 tahun, namun ramai yang memuji selebriti ini masih anggun, cantik dan bergaya.

Nora Danish kini dikatakan lebih banyak mendekati majlis-majlis agama bersama rakan-rakan selebriti lain.

Memetik menerusi Kosmo pula, Nora telah mengambil keputusan untuk menderma semua pakaian lama yang mendedahkan aurat kepada rakan-rakan bukan Islam.

Ujarnya, beliau hanya memberikan secara percuma kerana bimbang akan menanggung dosa individu yang membelinya.

“Pakaian zaman saya seksi dulu semuanya sudah diberikan kepada rakan-rakan bukan Islam secara percuma je.

“Sebab kalau saya nak jual pakaian itu tidak boleh, ibaratnya saya akan tanggung dosa mereka yang akan membelinya. Lama dah saya ‘let go’ semua pakaian itu, dah tak simpan lagi,” katanya.

Padam gambar di Instagram

Dalam pada itu juga, Nora memaklumkan dalam proses memadam gambar-gambar lama yang tidak menutup aurat di Instagram dan mengambil masa untuk memadamkan jumlahnya yang melebihi 26,000.

“Saya kena buang semua gambar tidak menutup aurat, tetapi mengambil masa sebab jumlahnya lebih 26,000 keping.

“Baru beberapa ribu dipadam, masih banyak lagi. Saya kena belek satu persatu. Bila tengok gambar lama, saya cakap dalam hati, ‘apa lah aku buat dulu’,” katanya.

Related Posts