‘Not nice la, harap Kak Fasha delete’ - Fasha Sandha kongsi video 'panas' undang kritikan netizen | The Reporter

‘Not nice la, harap Kak Fasha delete’ – Fasha Sandha kongsi video ‘panas’ undang kritikan netizen

Sumber gambar: Instagram Fasha Sandha

Sejam yang lalu, pelakon Fasha Sandha memuat naik video yang menunjukkan dirinya bersama suami, Aidil Aziz, berada dalam kolam, mengundang pelbagai reaksi netizen.

Aksi ‘sweet’ pasangan itu disertakan dengan kapsyen ‘Coming soon 16 September 2023’ tanpa mengulas lanjut mengenai tarikh yang dikongsikan itu.

Namun di ruangan komen, netizen meminta Fasha memadamkan video tersebut yang dianggap tidak sesuai dimuat naik di Instagram kerana adegan seperti itu sebaik-baiknya tidak dipertontonkan kepada umum.

“Hubungan suami isteri depan anak-anak pun kena ada rasa segan silu. Inikan lagi hubungan di media sosial. Walaupun halal, jangan dipertontonkan kemesraan itu. Bukan cemburu tetapi mak-mak ni tolong la malu dengan generasi anak-anak,” kata Nadia Misran.

Senada dengan komen tersebut, Sudu Bonda juga mengingatkan pasangan beragama Islam sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

“This is not nice la, sebab kita beragama Islam. Macam mana kita nak bagi contoh Islam yang baik kepada anak-anak nanti. Saya dah tegur dan jalankan tanggungjawab saya sebagai saudara sesama Islam. Semoga semuanya baik-baik saja,” katanya.

“Hopefully Kak Fasha delete post ini. Rata-rata yang komen kat sini semuanya negatif sebab post macam ni tak payah public kan sis. Cantik diuji, kaya diuji, kurus juga diuji. Maaf sis, hope ada rasa sifat malu dalam diri. Delete la Kak Fasha, tak elok untuk tontonan umum,” kata Sehasafiera.

Dalam masa sama, ada netizen yang bertindak berhenti mengikuti akaun Instagram pelakon berkenaan.

Sumber: Instagram Fasha Sandha

Related Posts