Pelakon popular, Nora Danish berkongsi usahanya dalam perjalanan hijrah apabila mendedahkan sedang berusaha memadam kira-kira 24,000 gambar lama di media sosial, termasuk gambar tidak bertudung.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Nora memohon doa daripada orang ramai agar dirinya terus istiqamah selepas mengambil keputusan berhijab sejak beberapa bulan lalu.
“Saya percaya hijrah ini adalah perjalanan berterusan, bukan sesuatu yang berlaku sekelip mata. Saya masih belajar, masih mencari kekuatan. Alhamdulillah, Allah mampukan saya untuk melengkapkan langkah hijrah ini dengan membuang gambar-gambar lama. Ia sebahagian daripada usaha saya untuk istiqamah,” katanya.

Baca juga:
- Catatan doa dan persiapan Haji Lisa Surihani raih perhatian
- Roy Azman anggap filem Konspirasi pengalaman bermakna
- Filem Konspirasi didakwa henti tayangan, Sarimah Ibrahim luah rasa kecewa


Menurut Nora, tindakannya memadam foto lama bukan bermakna menolak masa silam, sebaliknya sebagai tanda menerima dirinya yang kini sudah berhijab.
“Hijrah saya bukan tentang sempurna, tapi tentang jadi lebih baik setiap hari,” ujarnya.








