'No camera here, guna servis kami' – Jurugambar bebas halang pengunjung ambil gambar di Menara KLCC - The Reporter

‘No camera here, guna servis kami’ – Jurugambar bebas halang pengunjung ambil gambar di Menara KLCC

Jurugambar bebas Menara Kembar Petronas
Gambar hiasan | Sumber: Junaidah Saat

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pernah tular tetapi masih tidak serik dan semakin menjadi-jadi, aktiviti sekumpulan jurugambar bebas di kawasan tumpuan pelancong Menara Kembar Petronas terus mencetuskan kontroversi.

Meskipun pernah dikecam teruk oleh netizen, kumpulan ini dilihat meneruskan kegiatan mereka, malah berani membalas kritikan yang dianggap mengganggu rezeki mereka.

BACA LAPORAN BERKAITAN:

Sebelum ini, media pernah melaporkan kumpulan ini mengenakan caj antara RM5 hingga RM10 bagi sekeping gambar dan menegaskan mereka tidak pernah memaksa pengunjung menggunakan perkhidmatan mereka. Namun, pendedahan oleh orang awam menunjukkan situasi yang berbeza dan menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan netizen.

Selain itu, terdapat juga dakwaan kumpulan ini sebenarnya terdiri daripada warga asing. Ada yang menyatakan mereka berasal dari Sabah, namun beberapa netizen dari Sabah pula menafikan perkara tersebut dan mendakwa kumpulan itu sebenarnya berasal dari Filipina, tetapi memperdayakan orang ramai dengan mengaku berasal dari Sabah.

Seorang pengunjung, Adib Mazlee, turut berkongsi pengalaman rakannya yang dihalang daripada mengambil gambar sendiri di kawasan tersebut.

“Kawan aku bawa kamera sebab nak ambil gambar member depan KLCC, tapi geng-geng kamera telefon ini datang dan halau. Mereka kata, ‘No camera here’, kena guna servis mereka dulu,” jelasnya.

Adib menambah, kumpulan itu mendekati rakannya secara berkumpulan dan menghalaunya. Ketegangan yang berlaku memaksa polis bantuan campur tangan dan menghalau kumpulan tersebut kerana kawasan itu merupakan ruang awam.

“Dia datang sekali empat ke lima orang mengerumuni kawan aku dan suruh berambus sebab dah kacau bisnes diorang. Sampailah polis bantuan datang dan halau geng camera phone tu, sebab itu kawasan umum. Suka hati bapak geng tu nak halau orang lain,” katanya.

Pengalaman yang sama turut dikongsi oleh ramai lagi netizen yang meluahkan rasa kecewa di media sosial.

‘Jangan support, semua ni warga asing’

‘Imigresen tak nak rush ke diorang ni?’

‘Ini bukan rezeki yang diredhai semua orang’

‘Caj pelancong RM50 sekeping’

‘Hampir terlanggar orang ambil gambar’

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!