'Setakat caj RM5-RM10, tak bolehlah kata kita scammer' - Jurufoto di KLCC nafi scam pelancong - The Reporter

‘Setakat caj RM5-RM10, tak bolehlah kata kita scammer’ – Jurufoto di KLCC nafi scam pelancong

Sumber gambar: MHI TV3

Minggu lalu, tular video mendakwa sekumpulan jurugambar warga asing mengambil kesempatan terhadap pelancong asing dan tempatan dengan mengenakan caj tinggi bagi setiap gambar yang diambil.

Perkara itu didedahkan oleh beberapa mangsa yang mengakui pernah menjadi mangsa golongan ini ketika berkunjung ke Menara Berkembar Petronas, KLCC.

Bagaimanapun tinjauan pihak Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 di lokasi mendapati bukan semua jurufoto yang berbuat demikian.

Jurufoto, Elsifin Ahmad Alias, 41, berkata, dia mengakui kecewa dengan penularan isu tersebut yang sedikit sebanyak telah mengganggu periuk nasi mereka.

“Sebenarnya kita sudah lama berniaga di sini. Pasal scammer ini, kita pun tak tahu. Ada segelintir jurufoto yang tidak bertanggungjawab, menyebabkan kami yang lain dianggap sebagai scammer.

“Sebenarnya benda ini atas persetujuan, nak atau tak nak, itu terpulang kepada mereka. Setakat caj RM5-RM10, tak bolehlah kata kita scammer,” katanya.

Bagi Muhammad Noor Shafik Muhammad Nun pula berkata, isu itu telah menjejaskan pendapatan mereka yang sebelum ini dibenarkan mengambil gambar di perkarangan KLCC, tetapi tidak lagi pada hari ini.

Sementara itu, Muhammad Fauzi Omar, juga kesal dengan dakwaan yang mengatakan mereka kononnya warga asing, sedangkan mereka merupakan rakyat Malaysia.

“Saya lahir di sini, cuma salah kami berniaga di sini tanpa permit. Saya mengaku itu salah kami. Tapi kami buat kerja-kerja di sini untuk membantu para pelancong yang datang.

“Nak mengatakan kami yang berniaga di sekitar kawasan ini adalah warga asing, janganlah menilai kami dari luaran. Gara-gara viral, habis buruk imej kami di sini,” ujarnya.

Biarpun perkara itu tular di media sosial, masih ada pelancong yang menggunakan khidmat mereka. Ramai yang mengakui berpuas hati dengan hasil perkhidmatan mereka.

Sumber: MHI TV3

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!