Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pakaian rasmi kontinjen Paralimpik negara ke Paris 2024 menarik perhatian ramai apabila terserlah warna, corak dan reka bentuk pakaian tersebut.
Dalam erti kata lain, netizen bersetuju dengan pemilihan corak yang disifatkan sempurna.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Majlis Paralimpik Malaysia, satu sesi bergambar atlet paralimpik merasmikan pakaian rasmi mereka.

Memilih putih sebagai warna latar baju dan ditambah dengan corak warna-warna pada bendera Malaysia, menyerlahkan lagi pakaian rasmi tersebut.
Rata-rata memuji usaha kreatif individu disebalik tabir yang menyiapkan corak pakaian itu.
“Serius cantik warna dia vibe paris, corak vibe harimau malaya. All the best atlet paralimpik Malaysia,” tulis Ryrie.
Sementara itu, netizen juga mendoakan kemenangan buat atlet paralimpik yang menyasarkan empat pingat emas dalam kejohanan tersebut.
Sumber: Paralympic Council Malaysia, karlnunis