NGO dah kurang tampal jalan, syarikat konsesi kini lebih pantas buat kerja pembaikan - Ahmad Maslan | The Reporter

NGO dah kurang tampal jalan, syarikat konsesi kini lebih pantas buat kerja pembaikan – Ahmad Maslan

NGO tampal jalan berlubang
Gambar hiasan

Jalan raya berlubang sering menjadi isu yang diambil serius oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bimbang terhadap keselamatan pengguna jalan raya, terutama apabila pihak berwajib didapati lambat menyelesaikan masalah tersebut. Namun, kebelakangan ini, aktiviti penampalan oleh NGO dilihat semakin berkurangan.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif menampal jalan rosak kini semakin kurang menjalankan aktiviti tersebut. Perubahan ini dilihat berlaku berikutan tindakan pantas syarikat konsesi yang menyelesaikan kerja pembaikan dalam tempoh 24 jam.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, menjelaskan bahawa walaupun pihaknya tidak boleh menghalang NGO untuk terus melaksanakan inisiatif sedemikian, aspek kepakaran perlu diberi perhatian.

“Bagaimanapun, harapan kami, penampalan itu dibuat oleh mereka yang pakar dengan penampalan jalan ini. Tidak semua orang pakar untuk tampal jalan berlubang. Kita bagi konsesi yang berkaitan untuk menampal supaya lubang itu ditampal dengan baik,” katanya memetik laporan dari Harian Metro.

Sebelum ini, terdapat laporan yang menunjukkan beberapa NGO mengambil langkah sendiri menampal jalan berlubang bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya lebih terjamin.

Related Posts