Netizen sokong lelaki Kelantan paling kacak, Kedah pandai melawak | The Reporter

Netizen sokong lelaki Kelantan paling kacak, Kedah pandai melawak

Sumber Gambar: TRW Kelantan FC

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sebut sahaja negeri Kelantan, ramai yang mula terbayang makanan Pantai Timur yang popular seperti Nasi Kerabu, Nasi Berlauk, Laksam dan sebagainya.

Tetapi, katanya bukan itu sahaja rupa paras masyarakat di negeri itu turut menjadi tumpuan.

Menerusi satu laporan, kebanyakan pengguna media sosial berpendapat lelaki kelahiran negeri Kelantan mempunyai rupa paras yang kacak dan lelaki Kedah pula mempunyai perwatakan yang lawak dan lucu.

Laporan tersebut berdasarkan jawapan yang diberikan oleh netizen menerusi pemilik akaun Facebook yang dikenali sebagai Adham.

Adham bertanyakan kepada orang ramai, negeri manakah mempunyai kaum lelaki yang handsome (kacak) dan kelakar untuk dijadikan pasangan.

Lebih 12,000 komen dan separuh daripadanya mengatakan, lelaki Kelantan paling kacak disebabkan ramai di antara mereka mempunyai kacukan Melayu-Siam.

“Orang Kelantan paling elok sebab ada yang kacukan Siam. Memang kalau pandang tu ramai wanita ‘cair’. Tetapi orang Kedah paling ‘sempoi’, kelakar. Tengok la siapa YB Menteri Kedah,” kata Asyikin.

“Bagi aku lelaki Kelantan memang paling ada rupa. Dekat universiti aku pun memang geng Kelantan ini yang paling nampak segak siap pakej comel. Kalau bab lelaki yang kelakar, aku rasa orang utara. Dialek mereka pun aku dah rasa terhibur,” kata Nurul Ain.

“Aku yang lelaki pun suka tengok geng Pantai Timur. Kalau ada campuran Kelantan-Siam memang lagi segak. Putih-putih kulit pun. Lelaki paling kelakar sudah pasti orang Kedah macam aku. Tak percaya hampa (kalian) datang Kedah, mesti kering gusi banyak gelak,” kata Amirul Asyrik.

“Kelantan, Perak ramai lelaki handsome. Orang Kedah paling kelakar, kalau orang Johor, Kuala Lumpur pandai bergaya,” kata Balqish.

Sumber: Kosmo Online

Related Posts