Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Satu kenyataan daripada Elon Musk sudah cukup untuk menggoncang pasaran. Dalam masa sehari, Netflix kehilangan lebih USD15 bilion (RM63 bilion) nilai pasaran selepas jutawan itu menggesa orang ramai membatalkan langganan kerana kandungan dianggap “woke”.
Gesaan itu dibuat melalui ciapan di X yang berbunyi: “Cancel Netflix for the health of your kids.” Ia segera mencetuskan gelombang sokongan dalam kempen #CancelNetflix, yang ketika itu sudah hangat diperdebatkan susulan dakwaan kandungan program kanak-kanak Netflix mempromosi agenda tertentu.
Tidak lama selepas ciapan itu, ramai pengguna memuat naik bukti pembatalan langganan mereka di media sosial. Tindakan beramai-ramai itu menambahkan lagi tekanan terhadap Netflix yang sedang berdepan kecaman kerana kandungan dianggap kontroversi.

Baca juga:
- Video LEGO karya Mahdi Hemmat curi perhatian dunia, bawa naratif konflik semasa
- Pekerja ditahan, didakwa bakar gudang di Ontario, California
- Tujuh anjing ‘hilang’ jadi tular, jalan lebih 17km pulang ke rumah
Saham jatuh, nilai pasaran terhakis
Reaksi pasaran berlaku pantas. Sehari selepas gesaan Musk, harga saham Netflix jatuh 4.3% dalam masa satu setengah hari kepada USD1,140.50 (RM4,790.10). Nilai pasaran syarikat turut merosot daripada USD498 bilion (RM2.09 trilion) kepada USD482.9 bilion (RM2.03 trilion), sekali gus menyusut kira-kira USD15 bilion (RM63 bilion) dalam tempoh singkat.
Kejatuhan itu berlarutan selama tiga hari berturut-turut, sekali gus menjejaskan keyakinan pelabur terhadap gergasi penstriman tersebut.
Di media sosial, ada yang menyokong kenyataan Musk dengan alasan Netflix terlalu sarat dengan agenda tertentu, manakala sebahagian lain menolak tuduhan itu dan melihatnya sekadar isu budaya yang dipolitikkan.










