Nabila Huda diugut warga Indonesia yang mahu menculik anaknya, jika masih claim budaya Indonesia - The Reporter

Nabila Huda diugut warga Indonesia yang mahu menculik anaknya, jika masih claim budaya Indonesia

Pelakon terkenal Nabila Huda menerusi hantaran di jaringan X mendedahkan beliau telah menerima ugutan dari individu yang dipercayai berasal dari Indonesia.

Menerusi hantaran itu, Nabila berkongsikan satu tangkap layar hantaran individu itu yang mendakwa Nabila telah mencuri budaya Indonesia.

“Nabila Huda adalah ‘claimer’ nombor satu, pencuri budaya Indonesia,” tulisnya.

Tidak hanya melemparkan dakwaan sedemikian, wanita itu juga turut membuat ugutan untuk menculik anak aktress berkenaan.

“Saya akan culik anak awak kalau awak masih claim tentang budaya Indonesia,” katanya.

Nabila kemudiannya meminta pengikutnya untuk memberikan respon dan membalas hantaran wanita berkenaan, namun didapati akaun milik wanita itu sudah ditukar kepada akaun peribadi.

Difahamkan, dakwaan berkenaan berkait dengan isu baju kebaya.

Sementara itu, netizen menasihati Nabila supaya membuat laporan polis berkenaan ugutan ini lebih-lebih lagi apabila ugutan melibatkan anaknya.

Sumber: Nabila Huda

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!