Murid Tahun 1 dibuli, dihina hitam, gemuk & diberi lukisan tak senonoh - The Reporter

Murid Tahun 1 dibuli, dihina hitam, gemuk & diberi lukisan tak senonoh

Murid Tahun 1 dibuli

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang ibu meluahkan rasa kecewa apabila anak perempuannya, murid Tahun 1, menjadi mangsa buli sehingga enggan ke sekolah.

Melalui hantaran di Facebook, Yana mendedahkan insiden yang melibatkan penghinaan fizikal dan perlakuan tidak sopan, termasuk penggunaan isyarat lucah serta kata-kata kesat.

Menurut Yana, dia pada mulanya menganggap tangisan anaknya setiap pagi adalah perkara biasa, namun keadaan berubah apabila dia menemui sehelai kertas dalam beg sekolah anaknya yang mengandungi lukisan tidak senonoh serta kata-kata berbentuk penghinaan.

“Patutlah setiap hari dia menangis tak mahu ke sekolah. Hari ini, saya jumpa kertas yang melukis jari tengah dan body shaming. Budak Tahun 1 sampai tahap (membuli) macam ni? Ini sangat melampau,” luah Yana.

Kecewa dengan apa yang berlaku, Yana terus mengambil tindakan dengan pergi ke sekolah dan berjumpa pihak pentadbiran. Namun, usaha untuk bertemu ibu bapa murid yang didakwa membuli anaknya tidak berhasil apabila kanak-kanak tersebut tidak mengaku.

Dia kemudian berjumpa dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) serta guru disiplin untuk melaporkan perkara tersebut yang kemudian mengakui kejadian itu sememangnya kes buli dan siasatan lanjut akan dilakukan.

“Anak saya, Aisyah, memberitahu tudungnya selalu ditarik, dipanggil dengan gelaran seperti ‘babi’, malah dipukul serta ditunjukkan isyarat lucah. Ini bukan perkara kecil. Ia sudah keterlaluan,” jelas Yana.

Yana turut berkongsi kesan emosi yang dialami anaknya akibat perbuatan buli itu di mana anaknya sering menangis dan menunjukkan perubahan sikap seperti mudah marah serta tidak bersemangat ke sekolah.

Kes tersebut kini dalam perhatian pihak sekolah, kedua-dua murid serta ibu bapa mereka akan dipanggil untuk berjumpa bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Sumber: Facebook Mader Yana

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!