Murid sekolah utus surat pada Fadhlina Sidek, ucap terima kasih beri kelonggaran pakai baju sukan - The Reporter

Murid sekolah utus surat pada Fadhlina Sidek, ucap terima kasih beri kelonggaran pakai baju sukan

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meluahkan rasa terharu menerima sepucuk surat yang dikirimkan oleh seorang murid sekolah kepadanya.

“Saya sungguh terharu apabila menerima surat istimewa ini dan saya amat mengalu-alukan anak-anak untuk menghantar warkah kepada saya. Terima kasih atas sokongan ini dan saya tunggu kedatangan warkah anak-anak yang lain.

“Nukilan adik, saya jadikan kata semangat untuk terus berusaha sebaiknya dalam membangunkan sistem pendidikan negara demi kesejahteraan dan masa depan anak-anak Malaysia. Saya doakan keafiatan dan kejayaan untuk adik dan sentiasalah berbuat baik sesama insan,” katanya.

Surat tulisan tangan itu antara lain memuji pentabiran yang dikelolakan oleh Fadhlina Sidek.

Selain itu juga, murid berkenaan yang dikenali sebagai Darwisy juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada beliau atas kelonggaran yang diberikan kepada pelajar sekolah memakai pakaian sukan ekoran cuaca panas baru-baru ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat membenarkan kami memakai pakaian sukan di sekolah yang telah memberikan keselesaan kepada kami. Walaupun nampak kecil,tetapi perkara ini memberikan impak besar kepada kami.

“Saya berharap Yang Berhormat terus cemerlang dalam membangunkan bidang pendidikan di Malaysia,” tulisnya.

Sumber: Fadhlina Sidek

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!