Murid perempuan dibuli, dipaksa makan roti berisi pencungkil gigi - The Reporter

Murid perempuan dibuli, dipaksa makan roti berisi pencungkil gigi

Seorang murid perempuan berusia 10 tahun menjadi mangsa buli rakan-rakan sekolahnya dalam kejadian di sebuah sekolah di Indonesia.

Kejadian itu dikongsikan seorang jururawat melalui akaun Instagramnya, Elyanda yang menunjukkan dia bersama rakan sekerja sedang menangani pesakit berkenaan.

Video berdurasi kurang dari satu minit itu dimuat naik pada 27 Ogos lalu dengan tujuan menyeru agar orang ramai khususnya golongan pelajar tidak menormalisasikan kegiatan buli.

https://twitter.com/heraloebss/status/1829841241372262490

“Semakin hari semakin menjadi-jadi kes buli. Saya benci sangat-sangat dengan pelaku dan golongan yang menormalisasikan kes seperti ini,” katanya.

Dalam video, kelihatan mansa sedang duduk di kerusi sambil dibantu oleh dua perawat. Pada awalnya mangsa kelihatan takut sehingga memaksa jururawat memanggil ibunya untuk datang membantu.

Selepas beberapa minit kemudian, duri sepanjang 3 hingga 4 sentimeter yang hampir masuk ke dalam perut, berjaya dikeluarkan.

Menurut Elyanda, mangsa dipaksa oleh pembuli untuk makan roti yang berisi duri atau pencungkil gigi yang diperbuat daripada plastik.

“Murid tahun 4 ini dipaksa oleh rakannya untuk makan roti yang berisi duri atau sejenis pencungkil gigi diperbuat dari plastik,” katanya.

“Objek ini berada dalam posisi melintang dan hampir masuk ke dalam perut. Namun, berjaya dikeluarkan sebab mangsa beri kerjasama walaupun terpaksa menahan sakit yang tidak terkata,” katanya. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!