Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang bapa meluahkan rasa kecewa apabila anak perempuannya patah tulang tangan selepas dihempap oleh gurunya yang terjatuh, namun pihak sekolah langsung tidak hadir menziarahi atau memohon maaf secara bersemuka.
Kejadian itu berlaku ketika sesi persekolahan dan telah menyebabkan tulang humerus anak kecil itu patah hingga perlu menjalani pembedahan bagi menstabilkan tulang menggunakan dua batang logam.
“Ramai orang ingat Hafiya jatuh sendiri. Sebenarnya cikgu dia yang jatuh. Hafiya kena hempap dengan cikgu, sampai patah tulang tangan humerus, patutlah meraung menjerit sakit,” kata Adam Mukhriz, bapa kepada Hafiya dalam satu hantaran di Facebook.
Katanya lagi, selepas kejadian itu berlaku, guru yang terjatuh hanya mengirim mesej WhatsApp kepada isterinya untuk memohon maaf, tetapi tiada seorang pun daripada pihak sekolah datang menjenguk atau bertanya khabar.
Baca juga:
- Pelajar tingkatan tiga maut selepas pamer aksi wheelie
- Lelaki ditemui maut dalam stor berkunci di fasiliti sukan UPSI
- ‘Tiada sekatan MyKad bagi BUDI95 selagi patuh undang-undang’ – JPN


“Saya tak perasan Hafiya dekat belakang”
Dalam mesej yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp, guru itu menjelaskan insiden berlaku secara tidak sengaja selepas dia terjatuh ketika Hafiya berada di belakang.
“Assalamualaikum kak. Saya minta maaf sangat-sangat. Kejadian yang menimpa Hafiya pagi tadi, saya tak sengaja. Saya tak perasan Hafiya ada dekat belakang saya. Bila saya nak pusing, Hafiya pegang kaki saya, terus saya tak boleh kawal badan dan terjatuh atas Hafiya. Tangan Hafiya patah ke kak? Saya minta maaf sangat-sangat.”
Reaksi daripada ibu Hafiya juga menunjukkan mereka cuba memahami situasi itu, namun tetap tidak dapat menafikan kekecewaan dengan layanan yang diterima.
“Okey takpe cikgu, perkara nak jadi. Esok doktor nak masukkan dua dawai cucuk bahagian tulang humerus yang patah.”


Beberapa imej X-ray yang dikongsikan menunjukkan dengan jelas keretakan pada tulang bahu Hafiya dan kini dia sedang menjalani rawatan pemulihan selepas dimasukkan ke hospital.
Adam turut meluahkan rasa kecewa apabila guru berkenaan hanya menghantar mesej WhatsApp kepada isterinya untuk memohon maaf, tanpa datang menziarahi atau bertanya khabar. Katanya, tindakan itu menunjukkan seolah-olah tiada rasa tanggungjawab atau keprihatinan daripada pihak sekolah.











