'Mungkin ada program galakkan poligami?' - MP Hulu Terengganu beri saranan kerajaan untuk tingkatkan populasi penduduk - The Reporter

‘Mungkin ada program galakkan poligami?’ – MP Hulu Terengganu beri saranan kerajaan untuk tingkatkan populasi penduduk

Sumber Gambar: FB Video Malaysia Kini

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid menarik perhatian Dewan Rakyat apabila bertanyakan apakah insentif atau saranan kerajaan untuk menggalakkan masyarakat berkahwin dan melahirkan anak.

“Mungkin ada program galakkan poligami ke?” soalnya.

Dalam perbahasan tersebut, Rosol turut memetik mengenai dasar kependudukan Malaysia ke arah 70 Juta penduduk yang pernah dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada September 1982.

Beliau turut mempersoalkan adakah dasar ini masih lagi relevan dan membandingkan dengan negara-negara luar seperti seperti China, India, dan Indonesia mempunyai populasi yang besar.

Beliau percaya, untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, Malaysia harus mensasarkan jumlah kependudukan yang sama seperti negara-negara besar.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kebimbangan dengan trend terkini dan pada tahun 2043, Malaysia mungkin berhadapan dengan masalah populasi yang menua, dengan jangkaan 14% penduduk terdiri daripada penduduk berusia 65 tahun ke atas. Situasi ni ujarnya, boleh menyebabkan ketandusan tenaga produktif yang secara langsung akan menjejaskan perkembangan sosial dan ekonomi sesebuah negara.

“Trend terkini (childfree) pula dikatakan akan menjejaskan kadar kelahiran dan populasi penduduk. Ini satu trend yang tidak sihat dan satu lagi wujudnya trend tidak mahu berkahwin kerana memikirkan satu bebanan,” katanya.

Sumber: MalaysiaKini

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!