Mulai 1 Oktober, tiada lagi penggunaan beg plastik di 8,000 premis perniagaan | The Reporter

Mulai 1 Oktober, tiada lagi penggunaan beg plastik di 8,000 premis perniagaan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Bermula 1 Oktober 2024, 20 pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka serta kedai rangkaian farmasi, kesihatan dan kecantikan akan menghentikan penggunaan plastik sepenuhnya di 8,000 premis perniagaan mereka.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, antara jenama yang menyertai langkah itu ialah, Aeon, 7-Eleven, TF Value Mart, Guardian dan 99 Speedmart.

Menurut Nga, ada yang telah melaksanakan inisiatif tersebut, tetapi kali ini mereka telah menandatangani inisiatif tersebut secara besar-besaran.

Bagi pelanggan yang tidak membawa beg sendiri, boleh membeli beg kitar semula yang dijual di kedai.

Menurut Nga, dengan pelaksanaan inisiatif ini dijangka dapat mengurangkan penggunaan 200 juta beg plastik setahun dan secara tidak langsung mengurangkan jumlah sisa yang perlu dilupuskan dan membantu memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah sedia ada.

Pada masa ini, kerajaan terpaksa menanggung kos pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam sebanyak RM2 bilion setahun.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts