MOT tak akan kompromi dengan ulat-ulat rosak imej negara | The Reporter

MOT tak akan kompromi dengan ulat-ulat rosak imej negara

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke arah JPJ tahan pemandu yang tipu pelancong di KLIA
Gambar: Facebook Anthony Loke.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemandu atau ‘ulat’ teksi yang menipu pelancong di lapangan terbang negara.

Beliau berkata demikian selepas tular di media sosial mengenai seorang pelancong asing di KLIA Terminal 2 yang ditawarkan tambang asal RM60 tetapi dipaksa membayar RM836 sebelum diturunkan daripada kenderaan.

“Selepas kes ini tular dua hari lalu, saya telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menjejaki kenderaan tersebut. Semalam, selepas operasi samaran di KLIA, JPJ berjaya menahan kenderaan itu bersama pemandunya.

“Kenderaan tersebut telah disita serta-merta dan kertas siasatan telah dibuka untuk tindakan lanjut. Syabas dan terima kasih atas tindakan pantas JPJ,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Anthony Loke menegaskan Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak akan berkompromi dengan ‘ulat-ulat’ yang merosakkan imej negara.

Baca juga:

Dalam pada itu, memetik laporan Sinar Harian, kereta jenis Perodua Axia yang digunakan suspek telah disita mengikut Seksyen 81(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2017, selain permohonan lucut hak kenderaan dibuat di mahkamah majistret.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, wanita tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditahan di KLIA Terminal 2 kira-kira jam 1 pagi hasil risikan pihaknya.

Related Posts