Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Jangan terlalu percaya dan jangan mudah untuk memberi, itulah pengajaran yang kita dapat dari perkongsian kisah seorang wanita ini yang berkongsi pengalaman cintanya dikhianati oleh lelaki yang tidak mengenal erti bersyukur.
Bukan terlalu memanjakan atau memewahkan bekas teman lelaki, namun enggan melihat orang kesayangan berada dalam kesusahan menyebabkan wanita ini sanggup melabur ribuan ringgit untuknya. Malangnya lelaki ini, entah apa yang difikirkannya. Semoga bekas teman lelakinya berubah dan bertaubat dari terus menjadi tahi dadah. Semoga confessor lebih berwaspada dan dipermudahkan segala urusan.
AKU tak tahu nak cerita macam mana sebenarnya tetapi aku cubalah. Nah, korang bacalah thread ini. Girls ambil iktibar okey.
Aku mengaku aku memang sayang dan cinta giler pada dia sebab hanya dia saja yang memahami aku pada masa itu. Dulu dia okey, dia jenis pijak semut pun tak mati. Aku sayang dia sebab aku jumpa dia dari aku tak ada apa-apa sampai duit aku berkepok-kepok. Sebab itu aku hargai siapa yang ada dengan aku masa aku miskin. Sayang dia giler babi.
Sebab sayangkan dia, kami bertunang pada 25 Julai 2015. Sepatutnya Sabtu itu dia kena nikah. Dah settled document, perempuan itu pula lari. Mungkin dia takut kalau DNA tak match, aku nak saman. Serius aku tak pandai cerita. Haha! Tapi aku cerita seringkasnyalah.
Untuk memudahkan dia nak bekerja, aku belikan dia R25 secara cash atas nama dia. Sebulan dua dia okey. Tiba-tiba kami bergaduh, dia berhenti kerja dari Bank Rakyat 24 jam. Aku pujuk, bagi semangat dan rasa bersalah sebab dia berhenti kerja selepas bergaduh dengan aku. Dia kata dia tak ada semangat dah bila orang cakap dia pendek akal.
Then kami decide untuk putus. Last word dari mulut dia, ‘Saya takkan halalkan apa yang awak makan dan apa yang saya masak’. Def*ck! Aku berdekah-dekah, nak je aku sebut satu persatu. Sebab itu aku fight untuk dapatkan motor aku itu. Dia tak nak bagi sebab dia kata motor itu atas nama dia. Sebulan juga aku bertabah mencari jalan macam mana nak dapatkan balik.
Ini kalau aku tak halalkan yang kau mencekik atas Atmosphere ini. Haish, kat sini je aku dah habis RM800 je untuk kau dalam dua jam. Ala bodohnya alahai.
Percayalah cakap aku, belajar redha walaupun sakit. Halalkan segala apa kau bagi dia. Yang mana boleh ambil balik, ambillah. Makan ke apa ke, halalkan saja. Anggap itu rezeki dia masa dengan kau.
Sekian thread aku. Aku dah chill sebab dapat teman lelaki yang tak handsome tetapi baik gilerss! Kali ini target aku nak beli rumah besar untuk aku dengan dia. Doakan.
Apahal doee sampai viral. Aku nak delete thread yang lagi satu itu. Nanti viral lagi. Aku cuma share macam mana aku dari miskin sampai ada duit saja.
Aku sayang baby Vell ini. Yelah, aku ingat aku mampu pakai Viva umur-umur macam ini. Tapi tak sangka tuhan bagi aku lebih dari yang aku nak. I still humble and always humble.
Aku lagi sayang Myvi. Aku selalu guna Myvi. Aku guna Vellfie bila nak bawa parents jalan-kalan dan panaskan enjin saja. Sebab payah nak parking, leceh.
Malas nak menunjuk-nunjuk sangat. Memang tak pandai nak menunjuk. Banyak-banyak yang aku ada, aku paling happy part ini. Nanti adik hantar abah lagi okey.





















