Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang suami yang berpendapatan tinggi, dengan gaji sebanyak RM20,000 sebulan, meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap sikap isterinya yang tidak menghormati beliau.
Menurut lelaki berkenaan, walaupun dia memberikan nafkah sebanyak RM2,000 sebulan kepada isterinya yang merupakan seorang suri rumah, dia masih merasa tidak dihargai. Nafkah tersebut tidak termasuk bil wifi dan elektrik.
“Minyak wangi Dior, YSL, beg LV, Coach, minta je apa aku bagi,” katanya.
Namun, dia merasa kesal kerana isterinya sering menengking dan menjerit apabila mereka bertengkar. Malah dia juga merasa tidak senang dengan sikap isterinya yang selalu mengadu penat mengemas rumah.
“Kejap-kejap mengadu penat duduk rumah, kemas rumah. Aku pun kerja, tapi tak ada pun nak merungut,” tambahnya.
Adakalanya dia turut membantu isterinya dalam urusan rumah seperti memasak.
“Aku memang hari-hari tolong dia masak, kalau masak la. Tetapi kebanyakan hari dia order Food Panda. Aku pun makan Food Panda je banyak,” katanya.
Walaupun rumah tangganya seperti itu, tidak pernah terlintas hasrat di hatinya untuk berkahwin lagi. Tetapi keadaan itu membuatkan dia merasa terperangkap. Dia merasa bimbang membuat keputusan untuk menceraikan isterinya, kerana takut isterinya akan melakukan sesuatu yang ‘gila’.
“Aku macam stuck nak buat keputusan, aku nak ceraikan dia. Takut dia buat kerja ‘gila’.
“Apa aku nak buat supaya wife aku ni hormat dan taat pada aku?” ujarnya.
Sumber: X