Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Dikenali sebagai figura dengan gaya hidup aktif, Khairy Jamaluddin kali ini mengajak rakan baiknya Shahril Hamdan untuk membuat persediaan latihan Hyrox.
Lebih istimewa, kali ini ada tetamu jemputan, personaliti media sosial, Mekyun. Mampukah Mekyun menyahut cabaran KJ dan Shahril? Atau Mekyun akan surrender dengan latihan yang menuntut kekuatan dan kecergasan sebegini?

Hyrox adalah pertandingan berintensiti tinggi yang menguji tahap tertinggi kecergasan serta stamina peserta. Acara ini menggabungkan larian dan senaman kecergasan berfungsi untuk menguji tahap ketahanan peserta.
Tapi apa yang menariknya adalah vivo V50 Lite yang dikatakan mempunyai ketahanan bateri yang lama dengan kapasiti tinggi terbina. Sambil tengok ketahanan mereka bertiga, kita saksikan juga ketahanan vivo V50 Lite ini, tahan ke tak tahan?
Bateri kapasiti 6,500mAh
Menurut KJ, bateri vivo V50 Lite miliknya bermula dengan 100% pada awal latihan. Semasa latihan berlangsung, KJ kemudiannya memeriksa peratus bateri, ternyata masih tidak berganjak dari 100%!
vivo V50 Lite hadir dengan bateri BlueVolt berkapasiti 6,500mAh yang menjanjikan jangka hayat bateri yang melebihi 80% kapasiti asal walaupun selepas 1,700 kitaran pengecasan atau sekitar 5 tahun penggunaan.
Selain itu, vivo V50 Lite ini juga hadir dengan teknologi pengecasan gred flagship iaitu 90W FlashCharge. Dengan ciri berkenaan, model ini mampu mengecas 20% dalam masa 9 minit, 50% dalam masa 23 minit serta 53 minit untuk pengecasan penuh 100%.
Bateri Mekyun tinggal 2%!

Sedar tak sedar, bateri smartphone Mekyun tinggal 1%! Mujur ada Shahril yang menjadi penyelamat menggunakan ciri Reverse Charging untuk mengecas telefon Mekyun menggunakan telefonnya.
Walaupun dilengkapi dengan bateri berkapasiti besar, vivo V50 Lite tetap mengekalkan reka bentuk yang nipis dengan ketebalan hanya 7.79mm.
Ini dicapai melalui gabungan inovasi reka bentuk, termasuk struktur grafit dua lapisan untuk kecekapan haba yang lebih baik dan teknologi cold-press yang memampatkan elektrod bateri bagi meningkatkan kepadatan penyimpanan.
2% pun masih tahan lama
Di akhir latihan, bateri Mekyun tinggal hanya 2%. Dia menerima cabaran KJ dan Shahril untuk tidak mengecas walaupun perlu menggunakan Waze ke kafe selepas latihan.
Tapi kafe yang ingin dituju mengambil masa 36 minit! Sempat ke?
Ternyata berbekal 2%, Mekyun berjaya sampai ke destinasi dituju! Tak sangkat langsung kan? Bateri serendah itu boleh bertahan lebih setengah jam?
Maklumat lanjut mengenai vivo V50 Lite ini boleh didapati di laman web rasmi vivo DI SINI.








