McDonald's Malaysia sumbang RM1 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin yang baru dilancarkan di bawah JPM - The Reporter

McDonald’s Malaysia sumbang RM1 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin yang baru dilancarkan di bawah JPM

McDonald’s Malaysia mengumumkan sumbangan sebanyak RM1 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin yang baru sahaja dilancarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Dalam kenyataan yang dikeluarkannya hari ini berkata, langkah itu adalah selaras dengan hasrat murni kerajaan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, Jumaat lalu.

“Usul Perdana Menteri untuk memperuntukkan RM10 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin adalah sejajar dengan komitmen kami untuk menyokong mereka yang terjejas akibat konflik di Gaza.

“Krisis kemanusiaan yang semakin menekan di Gaza mengetengahkan kepentingan usaha ini. Lantaran itu, McDonald’s Malaysia berganding bahu bersama kerajaan dalam menyokong pendanaan ini dengan harapan supaya membantu rakyat Palestin yang sedang menghadapi masa sukar.

“Sumbangan McDonald’s Malaysia ke Dana Kemanusiaan Palestin ini akan secara langsung menyokong misi bantuan kemanusiaan di Gaza. Lantas memenuhi keperluan kritikal bagi mereka yang terjejas akibat konflik tersebut.

“Bantuan ini meliputi perubatan, makanan, tempat tinggal dan bantuan pemindahan sekiranya diperlukan oleh pasukan penyelamat.

“Komitmen kami tertumpu sepenuhnya kepada menyediakan keperluan asas kepada mereka yang dalam kesusahan,” katanya.

Dalam pada itu, McDonald’s Malaysia juga menggalakkan pekerja-pekerja dari seluruh negara untuk menyertai usaha pengumpulan dana itu dan berharap usaha tersebut akan memberi impak yang bermakna dalam kehidupan mereka yang terkesan di Gaza.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!