McDonald's Israel umum pemberian makanan percuma kepada tentera & rakyat Israel | The Reporter

McDonald’s Israel umum pemberian makanan percuma kepada tentera & rakyat Israel

McDonald’s Israel mengumumkan pemberian makanan secara percuma kepada tentera dan warga Israel selepas kumpulan Hamas melancarkan serangan terhadap mereka.

Menurut kenyataan McDonald’s dalam bahasa Hebrew di Instastory yang diterjemahkan oleh Insider berkata, “McDonald’s akan terus menyumbang beribu-ribu makanan kepada Angkatan Pertahanan Israel (IDF), polis, hospital, penduduk sekitar Jaluran (Gaza) dan semua pasukan penyelamat.

“Kami terus menyumbang beribu-ribu makanan sehari kepada angkatan tentera seluruh negara.

“Selain itu, diskaun 50 peratus diberikan kepada anggota tentera da pasukan keselamatan yang datang ke kawasan kami”.

Sementara itu dalam hantaran lain, McDonald’s menjelaskan bahawa lima restorannya telah dibuka untuk tujuan menyediakan bantuan dan sumbangan kepada pasukan keselamatan. Selain itu McDonald’s juga merancang untuk menghantar 4,000 makanan sehari.

Dalam masa sama, McDonald’s Israel menyatakan pihaknya telah menyumbang 12,000 makanan kepada IDF dan rakyat Israel. Turut dikongsikan gambar-gambar kenderaan penuh dengan makanan restoran makanan segera itu.

Sumber: Malaysia Gazette

Related Posts