MB Terengganu mohon maaf tak dapat sertai himpunan RXZ 7.0 | The Reporter

MB Terengganu mohon maaf tak dapat sertai himpunan RXZ 7.0

Dr Samsuri mohon maaf tidak dapat menyertai himpunan RXZ Members 7.0
Gambar: UPDI, RXZ Members 6.0 2024. Gambar kecil: NST

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memohon maaf kerana tidak dapat bersama-sama meraikan peserta Himpunan RXZ 7.0 kali ini, meskipun beliau menyatakan sokongan penuh terhadap program berkenaan.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat bersama menunggang RXZ bagi meraikan semua peserta. Apa nak buat, bila politik memanjang 24 jam sehari dengan syarat itu dan ini, akhirnya saya dan pimpinan Kerajaan Negeri yang sentiasa dengan anda semua telah ditiadakan.

“Akhirnya tak pasal-pasal RXZ menjadi mangsa politik cemburu orang Putrajaya/KL,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Ahmad Samsuri menyifatkan situasi itu sebagai contoh “politik low class” yang sering beliau sebutkan, malah menurutnya masyarakat Terengganu menyebutnya sebagai “politik komang spanar”.

Baca juga:

Walaupun tidak dapat hadir secara fizikal, beliau menegaskan bahawa dirinya bersama barisan Exco tetap dekat di hati para peserta.

“Walau fizikal saya dan rakan Exco tidak dapat bersama semua, tetapi hati kami tetap bersama anda para RXZ bikers,” ujarnya.

Pada masa sama, Ahmad Samsuri mengucapkan selamat datang kepada semua peserta dari seluruh negara dan mendoakan agar program berlangsung dengan baik serta teratur.

“Selamat datang dan bertandang ke Negeri Terengganu dari saya pada semua peserta RXZ 7.0 kali ini. Saya doakan agar semua peserta selamat dan program berjalan dengan baik dan teratur.

“Tungganglah motor dengan hati-hati dan cermat. Semoga selamat sampai dan pulang. Jangan lupa jaga solat dan amalkan kebaikan sepanjang perjalanan,” katanya.

Related Posts