Mayat wanita ditemui terapung di longkang besar, Shah Alam | The Reporter

Mayat wanita ditemui terapung di longkang besar, Shah Alam

Foto ihsan orang awam

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penemuan mayat seorang wanita menggemparkan penduduk di Perumahan Dillenia, Seksyen U11, Bukit Bandaraya, Shah Alam.

Mayat tersebut ditemui terapung di dalam longkang besar berhampiran kawasan perumahan tersebut pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Haji Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat tersebut daripada orang awam sekitar jam 6.30 petang.

Hasil siasatan awal mendapati, mayat tersebut adalah seorang wanita, namun identitinya masih belum dapat dikenalpasti.

Ketika ditemui, mangsa hanya memakai baju dan seluar dalam, serta keadaan mayatnya sudah berulat.

Pemeriksaan awal oleh pihak forensik tidak menemui sebarang kesan pergelutan atau kecederaan lain yang boleh menyebabkan kematian.

Mayat mangsa telah dihantar ke Forensik Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian ini, diminta tampil untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Izzman Mohd Idrus di talian 013-4003355.

Related Posts