Mayat reput ditemukan di Banting dipercayai remaja hilang, tiga individu ditahan | The Reporter

Mayat reput ditemukan di Banting dipercayai remaja hilang, tiga individu ditahan

Mayat reput remaja hilang

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penemuan mayat reput di Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting, dipercayai berkaitan kes kehilangan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan, yang dilaporkan hilang sejak 19 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah menahan tiga individu termasuk teman lelaki mangsa yang berusia 16 tahun serta dua ahli keluarganya, masing-masing berusia 20 dan 51 tahun.

Ketiga-tiga suspek direman sehingga 5 Januari depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mayat yang ditemukan berada dalam keadaan reput dan tidak dapat dikenal pasti melalui pengecaman fizikal. Kami masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan identiti mangsa,” katanya.

Penemuan ini telah menyebabkan kertas siasatan diklasifikasikan semula daripada laporan orang hilang kepada siasatan pembunuhan. Mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Banting untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, keluarga mangsa turut memberikan kerjasama kepada pihak polis. Menurut adik lelaki ibu Yap, sampel DNA telah diserahkan untuk membantu proses pengesahan identiti mayat yang ditemukan.

“Kami dimaklumkan polis mengenai penemuan mayat ini dan masih menunggu keputusan siasatan lanjut,” katanya.

Terdahulu, Yap dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya sebaik tamat latihan tarian singa di sebuah gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras. Kali terakhir mangsa dilihat berbaju tarian singa berwarna merah.

Sumber: Harian Metro

Related Posts