Mawar Rashid sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas penampilan terkininya di sebuah acara senaman anjuran Wawa Cosmetics tular di media sosial sejak semalam.
Dalam video yang dikongsikan pengguna TikTok, Mawar dilihat mengenakan seluar senaman ketat berwarna cerah sehingga menampakkan bentuk tubuh, termasuk garisan bahagian sulit, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dan teguran dari orang ramai.
Walaupun acara itu turut disertai selebriti lain seperti Fasha Sandha dan berlangsung dalam suasana ceria dan santai, Mawar dilihat menerima kritikan paling hebat kerana penampilannya dikatakan tidak sesuai untuk acara umum, lebih-lebih lagi apabila video berkenaan tersebar meluas secara terbuka di media sosial.
Baca juga:
- Catatan doa dan persiapan Haji Lisa Surihani raih perhatian
- Roy Azman anggap filem Konspirasi pengalaman bermakna
- Filem Konspirasi didakwa henti tayangan, Sarimah Ibrahim luah rasa kecewa
Netizen: “Tak malu ke pakai macam tu?”
Ramai warganet menyuarakan rasa kurang senang dengan gaya pakaian Mawar, dengan ada yang menyifatkannya sebagai mencolok mata. Antara komen yang ditinggalkan termasuk:
“Dah macam tak pakai apa, semua bentuk nampak.”
“Terlalu ketat sampai nampak camel toe, rasa tak selesa tengok.”
“Dulu ayu bertudung, sekarang makin berani ya?”
Malah ada yang mempertikaikan penganjuran acara itu sendiri yang tidak menetapkan garis panduan berpakaian, memandangkan ia berlangsung secara terbuka dan turut dirakam serta dikongsikan kepada umum.
Tiada respon rasmi dari Mawar atau penganjur
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada Mawar Rashid, Wawa Cosmetics mahupun mana-mana selebriti yang hadir berhubung kontroversi tersebut. Mawar juga dilihat tidak memuat naik sebarang hantaran berkaitan acara berkenaan di laman Instagram atau TikTok beliau selepas video itu tular.
Walaupun tiada penjelasan, isu ini terus menjadi bualan hangat di media sosial, dengan ramai yang membangkitkan semula perubahan imej Mawar sejak tidak lagi bertudung, termasuk beberapa penampilan lampau yang pernah menimbulkan kontroversi.
Sumber: TikTok Wawa Official










