Masjid Bandar Seri Putra raih perhatian, papar video kempen melawat masjid | The Reporter

Masjid Bandar Seri Putra raih perhatian, papar video kempen melawat masjid

Sumber Gambar: Tangkap Layar TikTok Masjid Seri Putra

Masjid yang bersih dan cantik sudah semestinya menjadi tarikan jemaah yang hadir untuk melakukan ibadah dengan selesa.

Tarikan tersebut juga dilihat mampu menarik golongan muda untuk mengimarahkan sesebuah masjid.

Masjid Bandar Seri Putra membawa kelainan dengan memaparkan video inspirasi dari montaj kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, mengajak orang ramai untuk mengunjungi masjid berkenaan.

Menerusi video tular itu, masjid berkenaan turut menawarkan pelbagai program dan aktiviti menarik yang bukan sahaja menyatukan masyarakat setempat, malah menjadi platform untuk memperkasakan ilmu agama dan nilai kemasyarakatan dalam kalangan penduduk.

Rata-rata mengagumi usaha yang dibuat oleh pihak pengurusan masjid berkenaan yang menggunakan media sosial untuk menarik perhatian orang ramai.

Dengan inisiatif yang dilaksanakan, Masjid Bandar Seri Putra telah berjaya menjadi contoh masjid yang progresif dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat.

Related Posts