Elijah Ling Zhao Zhong, pemuda yang menjadi mangsa serangan di sebuah pusat beli-belah di Tampoi pada 17 Mac lalu, tampil meminta orang ramai menghentikan perbincangan berlebihan mengenai kejadian tersebut.
Dalam kenyataan di TikTok semalam, Elijah mengucapkan terima kasih atas sokongan ramai tetapi menegaskan bahawa siasatan masih berjalan.
“Kita beri ruang kepada pihak polis untuk jalankan tugas mereka. Jangan panjangkan isu ini atau kaitkan dengan politik, kerana ia adalah kes jenayah,” katanya.
Elijah berharap insiden ini menjadi pengajaran agar rakyat Malaysia terus hidup dalam harmoni tanpa mengira kaum dan agama.
- Jururawat dedah Azhan Rani konsisten derma darah setiap dua minggu
- Azmin Ali tegaskan Selangor tiada ruang politik perkauman, identiti sempit
- ‘Jalur Gemilang tanpa bulan dan bintang tidak disengajakan’- MB Terengganu
- Kedah pertimbang tuntutan pajakan Pulau Pinang jika ambil alih Kerajaan Persekutuan
- Netanyahu tegaskan tiada negara Palestin selagi beliau jadi Perdana Menteri
Pesara didakwa cederakan Elijah, mengaku tidak bersalah
Sementara itu, Abdul Razak Ismail, 65, seorang pesara kerajaan, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu atas pertuduhan mencederakan Elijah.
Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan pindaan dibacakan. Kes ini didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak. Sebutan semula kes dijadualkan pada 29 April untuk serahan dokumen.








