'Mangsa baru lepas baik dari kanser, rupanya dah lama dibuli' - 7 suspek belasah remaja telah ditahan - The Reporter

‘Mangsa baru lepas baik dari kanser, rupanya dah lama dibuli’ – 7 suspek belasah remaja telah ditahan

Sumber gambar: Video tular

Satu video tular di media sosial semalam memaparkan seorang remaja lelaki dipukul secara bertubi-tubi oleh sekumpulan pelajar remaja lain.

Dalam video berdurasi 58 saat, mangsa kelihatan sudah lemah dan tidak berdaya untuk melawan.

Menurut satu hantaran di aplikasi X, mangsa didakwa sudah lama dibuli dan mangsa juga dikatakan baru sahaja pulih dari penyakit kanser. Pelaku dan mangsa dipercayai merupakan pelajar SMK Puteri Wangsa, Johor.

“Lagi kes buli. Kali ini budak yang kena buli itu anak kawan mak aku. Memang ###### weh.

“Rupa-rupanya mangsa dah lama kena buli. Budak itu (mangsa) sudahlah baru lepas baik daripada kanser. Diorang (suspek) ni memang teringin jawab SPM dalam lokap agaknya.

“Kadet polis, tapi perangai banduan,” kata sumber di Twitter.

Susulan insiden itu, tangkapan telah dibuat ke atas sekumpulan remaja tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat, tangkapan telah dilakukan susulan laporan yang telah dibuat pada jam 4 petang semalam.

Siasatan awal mendapati, kejadian disyaki berlaku di sebuah taman permainan di kawasan Putri Wangsa, Johor Bahru.

Setakat ini, seramai tujuh pelaku berusia antara 14 hingga 17 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber: Twitter, Buletin TV3

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!