Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tiga tahun menanti tanpa kepastian akhirnya membuatkan pelawak Mamak Puteh tekad membawa isu bayaran tertunggak ke balai polis. Tanpa berselindung, beliau tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk membuat laporan terhadap sebuah stesen televisyen yang masih gagal melunaskan baki bayaran bernilai RM18,000 sejak tahun 2022.
Menerusi temubual bersama mStar, Mamak mengakui sudah terlalu penat mengejar haknya setiap bulan. Katanya, dia sudah berusaha dengan pelbagai cara, namun hanya menerima alasan dan janji yang berulang.
“Saya rasa dah penat meminta. Sudah tiba masanya untuk pihak berkuasa ambil tindakan. Saya pun dah buntu nak minta tolong siapa lagi,” katanya.
Baca juga:
- Amira Othman umum hamil 30 minggu
- Isu gelaran juara, Zaha Spring pertahan kenyataan Ameng
- Dari gurauan jadi kenyataan, lelaki sahut cabaran TokTi joging 8KM
Tiga tahun menunggu, hanya janji
Bayaran itu dikatakan berkait dengan kerja produksi yang telah disiapkan sejak tiga tahun lalu dan sepatutnya dijelaskan sejurus selepas program televisyen berkenaan disiarkan. Namun hingga hari ini, wang tersebut masih belum diterima.
Lebih mengecewakan, Mamak memberitahu dia sudah beberapa kali menghubungi pihak stesen TV terlibat. Walaupun diberi maklum balas, bayaran tetap tidak dilunaskan.
“Setiap masa kami berkomunikasi. Minggu lepas pun saya ada hubungi mereka. Jawapan masih sama dan bayaran pun tertangguh. Bagi saya membuat laporan ini adalah jalan terbaik,” ujarnya.
Tindakan membuat laporan polis menurut Mamak bukan kerana mahu mencetuskan kontroversi, tetapi sebagai satu bentuk usaha terakhir selepas semua ikhtiar lain menemui jalan buntu.
Sumber: mStar









