'Mak dia tak marah ka?' - Penonton wanita sakan bergelek di program Big Stage undang kecaman ramai | The Reporter

‘Mak dia tak marah ka?’ – Penonton wanita sakan bergelek di program Big Stage undang kecaman ramai

Program Big Stage sentiasa mendapat perhatian ramai. Jika sebelum ini, netizen sering disajikan dengan kisah-kisah kedua-dua pengacara yang dianggap serba boleh.

Kali ini lain pula yang menjadi bualan netizen. Kisah penonton pula yang dikatakan tidak tahu malu apabila dilihat menari bersama-sama.

Mereka yang menari mengikut rentak lagu Senggol-Senggolan, Cubit-Cubitan dilihat menghiburkan penonton yang lain yang bersorak melihat aksi mereka.

Namun begitu, kelakukan seorang penonton wanita yang bertudung turun ke bawah dan bergelek bersama seorang penonton lelaki tanpa sebarang rasa malu menjadi kritikan netizen.

@iam_erul1

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Semi final #bigstage2023 #viral #fyp

♬ bunyi asal – ERUL – ERUL

Semakin rancak lagu dimainkan, semakin rnacak mereka bergelek dan menari.

Rata-rata netizen mengecam kelakuan penonton-penonton tersebut terutama sekali wanita yang bertudung.

“Sebenarnya hiburan tu tak salah, tapi kita yang salah guna dan terbawa arus,” kata Mdikhwan21.

“Aku yang perempuan pun tumpang rasa malu,” kata Sheera.

Sumber: TikTok Erul

Related Posts