Mahathir angkat sumpah sebagai PM Ke-7 | The Reporter

Mahathir angkat sumpah sebagai PM Ke-7

Sebentar lagi Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-7 di Istana Negara selepas Pakatan Harapan yang bertanding menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semalam. 
Juga viral di media sosial gambar Mahathir yang berusia 93 tahun memakai Baju Melayu berwarna hitam untuk menghadiri upacara mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.  
Ramai penyokong PH datang berkumpul di pintu masuk Istana Negara untuk memberi sokongan dan melihat sendiri detik bersejarah itu.

Tun Mahathir is getting ready.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


He’s already in his new Baju Melayu that he will wear during the swearing in ceremony.

A 93 year old man that BN has called senile and weak, due to be sworn in as the new prime minister of Malaysia.

This is it! pic.twitter.com/8bFcZ37ACJ

— Khabir (@KhabirM) May 10, 2018

Sementara itu di akhbar tempatan DUBAI:

Kenderaan rasmi membawa Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat masuk perkarangan Istana Negara sekitar jam 4.38 petang. Ia dikhabarkan bagi membolehkan Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ketujuh dihadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. – TV3

Kenderaan rasmi membawa Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat masuk perkarangan Istana Negara sekitar jam 4.38 petang

Ia dikhabarkan bagi membolehkan Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ketujuh dihadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. pic.twitter.com/Ko9Ycr9cJZ

— Berita TV3 (@BuletinTV3) May 10, 2018

Penyokong PKR berkumpul di luar pintu masuk 2 menanti ketibaan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengangkat sumpah Perdana Menteri Malaysia ke-7 di Istana Negara. – Foto Aizuddin Saad

Tun Mahathir hadir ke Istana negara untuk majlis angkat sumpah.
Leave a Reply
Related Posts