“Condemn mangsa tsunami (Selat Sunda), pastu letak akaun derma pusat tahfiz sendiri. Macam ni ke akhlak seorang ustaz?” demikian soal netizen (@FadzilahMamat) berhubung kenyataan seorang pemimpin PAS di Instagram baru-baru ini.
Condem mangsa tsunami pastu letak akaun derma pusat tahfiz sendiri.Macam ni ke akhlak seorang Ustaz? pic.twitter.com/vI4TScFu6x
— Fadzilah Mamat (@FadzilahMamat) December 25, 2018
Ahli Jawatankuasa PAS Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani, memuat naik video insiden tsunami yang membadai kumpulan Seventeen dan tetamunya pada Sabtu lalu, berserta dengan kapsyen berikut:
“Bayangkan kematian menyentap saat sedang begini? Inilah yang terjadi kepada kumpulan rock Seventeen yang sedang membuat persembahan pada malam tsunami menyentap!
“Angka kematian bencana tsunami di pantai selat sunda (di antara kepulauan sumatera dan jawa) hingga kini meningkat kepada 150 orang serta mencederakan 600 orang.
“Usahlah melakukan maksiat!! Kerana maksiat itu menarik azab,” tulisnya dan turut disertakan dengan nombor akaun-akaun bank pusat tahfiz.
Kesal dengan kenyataan yang dianggap tidak sensitif itu, netizen tampil menjelaskan bahawa kumpulan Seventeen pada malam kejadian bukannya melakukan maksiat, sebalik membuat persembahan untuk hari keluarga.
ustaz bodo, dia dtg situ berkerja buat persembahan utk hari keluarga. buat suka² joli. ustaz pas mmg bebal semcm seekor keldai ke?— ajip haji pilaf (@ajipkasa) December 25, 2018
“Mereka datang ke situ untuk bekerja, buat persembahan untuk hari keluarga,” kata @Ajipkasa
“Kenapa perlu mengatakan sebegitu kepada mangsa. Ya, mereka sedang membuat konsert. Tetapi Islam tidak mengajar kita menghukum mereka begitu kerana menghukum itu kerja tuhan, bukan manusia. Sedangkan semua sedang bersedih atas kejadian ini, tetapi kita… Bukan tidak boleh memberi teguran, boleh saja tetapi perlulah bersesuaian dengan situasi,” – @Robinho66597545.
Meskipun begitu, ada juga netizen yang faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki, tetapi mungkin cara penyampaiannya tidak tepat menyebabkan ada pihak yang tersinggung.
“Apa yang dia cakap itu bukan salah dari segi Islam. Tapi cara dia sampaikan itu yang salah. Isu sensitif macam ni tak patut dia post public. Sebaliknya dia patut nasihati umat Islam jangan terlibat dengan maksiat, takut Allah bayar cash. Instead of publicly condemn mangsa bencana alam macam ni,” @miz_mika.
Ape yg dia ckp tu bukan salah dari segi islam, tapi cara dia sampaikan tu yg salah. Isu sensitive mcm ni xpatot dia post public. Sebaliknya dia patot nasihati umat islam jangan terlibat dgn maksiat takot Allah balas cash. Instead of publicly condemn mangsa bencana alam mcm ni.— putry_shazlin (@miz_mika) December 25, 2018
Semakan di Instagram Ustaz Ahmad Dusuki mendapati, kapsyen video tersebut juga telah disunting semula.
“Bagi yang ingin menyumbang untuk tsunami di Palu bagi pembinaan masjid, bolehlah dibank-inkan ke akaun Maahad Tahfiz An Nabawi (MATAN) untuk disalurkan ke sana.”
Sumber: Fadzilah Mamat, Ustaz Ahmad Dusuki