Pempengaruh, Alif Teega sekali lagi membuat kejutan apabila berkongsikan satu video muzik lagu sulung nyanyian dia dan isterinya Aisyah Hijannah.
Lagu yang bertajuk Teristimewa itu telah dimuatnaik semalam (Sabtu) di saluran YouTube. Setakat ini video berkenaan telah meraih sebanyak 12,000 tontonan.
Menerusi hantaran di TikTok, Alif berharap lagu Teristimewa memberikan kebaikan serta manfaat kepada pendengar dan menjadi kenangan terindah buat pasangan suami isteri itu.
“Setiap daerah hatiku kau bermukim cinta kamu tak bermusim. Moga ada kebaikan dan bermanfaat ya.
“Terima kasih buat yang doakan baik-baik. Haza min fadhli Rabbi,” katanya.
Di ruangan komen pula, netizen mempersoalkan motif Aliff melancarkan lagu tersebut. Sebelum ini, pasangan ini dikatakan telah melancarkan buku keluaran mereka. Situasi ini dilihat netizen seperti untuk meraih publisti diatas apa yang berlaku.
Terdahulu, Alif mengumumkan dia sudah bernikah kali kedua di media sosial. Pernikahan kedua Alif mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen setelah melihat Aisyah telah banyak mengorbankan segala-galanya buat Alif.
Sumber: Alif Teega
Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!








