Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
“10 hari dah lelaki (Rohingya) niaga, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) buat apa? Bersepah warga asing, DBKL tak nampak?” demikian video tular di media sosial baru-baru ini.
Video berdurasi hampir seminit itu menunjukkan warga asing terbabit berniaga di sebelah kediaman polis Bandar Tasek Selatan.
“Belakang ini boleh berniaga ke? You ada kad UNHCR ke? Mana? Tengok you punya kad UNHCR.
“Lesen berniaga tak ada, suka-suka je kau berniaga buat murtabak.
“DBKL, bila nak datang? Esok kalau tak datang, aku bawa wartawan ke sini.
“Kau ada kad UNHCR bukan boleh berniaga, ikut suka kau je!” kata pengadu yang dikenali sebagai Pak Pen Firdaus.
Susulan itu, pihak DBKL telah turun ke lokasi dan menyita segala peralatan peniaga haram ini di Jalan Tasik Selatan, Bandar Tun Razak pada 22 Mac 2024.

Sumber: Malaysia Gazette








