Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Mengidam adalah pengalaman biasa yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil yang keinginannya terhadap sesuatu jenis makanan. Tetapi, bukan hanya makanan yang diidamkan, ada juga yang mengidam bahan bukan makanan.
Lima hari lalu, tular di TikTok Hanatuh, video seorang wanita mengandung menyatakan bahawa dia ‘mengidam’ untuk memegang pinggang anggota tentera laut yang ketika itu lalu di depan matanya.
Enggan mengecewakan isterinya, si suami mengambil peluang untuk meminta izin seorang anggota tentera laut Indonesia yang kebetulan berada berdekatan.
Anggota berkenaan bersetuju dan membiarkan wanita hamil itu memegang pinggangnya sambil dirakam oleh si suami.
Selesai berbuat demikian, pasangan itu mengucapkan terima kasih. Wanita itu kelihatan segan sebelum video ditamatkan.
Di ruangan komen, video itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang terhibur, tidak kurang juga yang membidas perbuatan wanita berkenaan.
“Salute sama suaminya yang tak cemburu/mara. Malah dituruti keinginan isterinya yang mengidma. Semoga pasangan ini dipermudahkan urusan,” kata Nuuu.
“Ikut hukum, ia dikira hukum dosa besar. Takutkan Allah wahai isteri,” kata Hamba. – The Reporter