Lelaki tua datang ke kafe setiap hari, guna WiFi untuk tonton video lucah | The Reporter

Lelaki tua datang ke kafe setiap hari, guna WiFi untuk tonton video lucah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


LOPBURI, THAILAND – Pemilik sebuah kedai kopi mengecam tindakan seorang lelaki yang menggunakan WiFi percuma premisnya untuk menonton video lucah dan mengganggu pelanggan wanita. Selain itu, lelaki terbabit juga banyak menghabiskan masa di premisnya tanpa membeli apa-apa.

Pengadu berkongsi video lelaki itu di Facebook komuniti penduduk Lopburi pada 5 September lalu. Video menunjukkan lelaki berusia lingkungan 50-60 tahun itu sedang menonton video lucah melalui telefon bimbitnya semasa berada di kafe tersebut.

“Lelaki ini datang ke kafe setiap hari untuk menggunakan WiFi percuma untuk jangka masa lama dan tidak pernah membeli apa-apa.

“Saya dah beri teguran berhubung perbuatannya,” katanya.

Pengadu turut berkongsi satu lagi video menunjukkan dia menghampiri lelaki itu dan menegurnya agar tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu kerana kebanyakan pelanggannya yang datang merupakan pelajar universiti dan kanak-kanak.

Namun, lelaki itu menjawab dia tidak berniat untuk menonton video lucah di khalayak ramai. Malah menjelaskan dia sebelum itu sedang melayari media sosial dan secara tidak sengaja terjumpa video tersebut, lalu ditontonnya.

Berkata kepada media, pengadu mendakwa lelaki itu juga mengganggu pelanggan wanita dengan renungan yang membawa maksud seksual.

Sementara itu, ramai wanita berkongsi komen di hantaran tersebut yang mereka pernah ternampak lelaki tersebut di kedai kopi lain di kawasan berdekatan.

Pengadu bagaimanapun tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki terbabit yang telah berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya. – Agensi

Related Posts