Lelaki Thai tikam bapa mertua yang disyaki sedang mengintip cucunya mandi - The Reporter

Lelaki Thai tikam bapa mertua yang disyaki sedang mengintip cucunya mandi

Seorang lelaki bertindak menikam bapa mertuanya yang dipercayai mengintip anak perempuannya berusia 13 tahun ketika sedang mandi.

Mangsa yang cedera bagaimanapun menafikan tuduhan itu. Dan menegaskan dia hanya memperbetulkan wayar elektrik di luar bilik air.

Jiran yang menyaksikan kejadian yang berlaku di luar rumah di daerah Chai Badan di wilayah tengah Lopburi, segera memaklumkan kepada pihak polis pada malam 22 November.

Tiba di lokasi kejadian, polis mendapati mangsa, Autsah Borntahisong, 66, mengalami luka tikaman di belakang badan dan lengan. Mangsa terus dibawa ke Hospital Chai Badan untuk mendapatkan rawatan.

Doktor yang ditugaskan untuk kes itu mengesahkan mangsa tidak mengalami kecederaan serius kerana tikaman itu tidak mengenai organ penting dalam badannya.

Menurut saksi, suspek, Chaiya Sarmphusi, 37, adalah suspek. Chaiya telah melarikan diri bersama dua anak perempuannya berusia 8 dan 13 tahun, selepas menikam mangsa.

Difahamkan, Chaiya baru sahaja berpindah ke rumah itu selepas berkahwin dengan anak perempuan Autsah, Kewalee Bornthaisong, 35. Chaiya mempunyai dua orang anak perempuan dengan bekas isterinya. Hasil perkahwinan dengan Kewalee, mereka turut dikurniakan seorang anak perempuan berusia empat bulan.

Pada hari kejadian, Chaiya menuduh Autsah mengintip anak perempuannya berusia 13 tahun yang sedang mandi. Chaiya dan Autsah terlibat dalam pergelutan yang membawa kepada penikaman.

Selepas menerima rawatan, Autsa memberitahu polis dan media mengenai kejadian itu. Dia berkata, Chaiya baru pulang dari memancing dan ternampak dia sedang membetulkan wayar elektrik di luar bilik air.

Chaiya menyangka Autsah sedang mengintip anaknya yang sedang mandi, tetapi Autsah menafikan tuduhan tersebut.

Jelas Autsah, dia sebelum itu menyedari lampu di bilik air berkelip-kelip, lalu berdiri di atas kerusi untuk memeriksa wayar elektrik.

Dalam masa sama, bahagian atas bilik mandi tidak bertutup. Namun Autsah menegaskan dia tidak memandang ke dalam bilik air.

Polis masih menjalankan siasatan dan sebaik saja kertas siasatan dilengkapkan, suspek akan dikenakan tindakan undang-undang.

Sumber: Thaiger

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!